Aktivis masyarakat Tan Sri Lee Lam Thye menyambut baik gesaan pembinaan laluan motosikal di seluruh negara dijadikan antara agenda dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang bermula pada 2021.
Lee yang senada dengan cadangan yang dibuat oleh Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang dalam ruangannya di akhbar The Sun pada Jumaat berkata laluan motosikal amat diperlukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
"Oleh kerana ketiadaan banyak laluan motosikal, penunggang motosikal terpaksa berkongsi laluan dengan kenderaan yang lebih besar. Itulah sebab sehingga 60 peratus kemalangan jalan raya membabitkan motosikal.
'Ada juga penunggang motosikal yang tidak mahu guna laluan motosikal sedia ada kerana jalannya didapati tidak rata dan berlubang manakala lampu di laluan itu tidak berfungsi pada waktu malam, jadi penting untuk kerajaan mengutamakan aspek penyelenggaraan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.
Lee berkata, pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membantu mengurangkan kemalangan jalan raya dan penunggang motosikal dinasihatkan supaya mematuhi had kelajuan yang ditetapkan.
Azman, yang juga menganggotai Safety First Group, satu kumpulan besar komuniti WhatsApp, telah mengutarakan kepada masyarakat dan pihak berkuasa akan nasib penunggang motosikal khasnya 'kapcai' yang mendominasi statistik kematian dan kecederaan di jalan raya.
Dalam ruangannya, Azman berkata walaupun tiada laluan seperti itu untuk seluruh negara difikirkan dalam 11 Rancangan Malaysia yang lepas biarpun purata 13 ke 14 kematian sehari daripada 4,700 penunggang motosikal setahun, Safety First Group, sebagai contoh berdoa bersungguh-sungguh agar laluan seperti itu menjadi satu kenyataan dalam RMK-12.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 04 2019
Sejumlah motosikal melalui satu persimpangan sekitar Jalan Ampang ketika tinjauan baru-baru ini. Penyediaan laluan khas untuk motosikal dipercayai mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan tersebut. --fotoBERNAMA/Hiasan
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Siti Bainun tarik rayuan tangguh hukuman penjara 12 tahun
Siti Bainun menarik balik permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara 12 tahun atas dua sabitan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali Bella.
Bekas Pengerusi Bernama Azman Ujang terima anugerah berprestij Jepun
Anugerah tersebut atas sumbangan beliau dalam mempromosi perasaan saling menghormati serta memahami antara Jepun dan Malaysia.
Lee sambut baik agenda laluan motosikal dalam RMK-12
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, laluan motosikal amat diperlukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Terus sokong akhbar - Azman Ujang
Media kini merupakan bidang amat mencabar susulan ledakan atau transformasi dalam teknologi maklumat.
Kempen kurangkan kemalangan motosikal perlu dipertingkat
Kempen kesedaran itu perlu kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Nahas bas: Cadangan guna tali pinggang keledar, tiada perjalanan malam
Kemalangan bas ekspres yang meragut 14 nyawa sehari sebelum sambutan Krismas semalam bagaikan siri tragedi membabitkan pengangkutan awam setiap kali musim perayaan.
Apa lagi Samy Vellu mahu?
Penyokong G. Palanivel membantah berhubung satu temu bual yang diberikan kepada akhbar Sunday Star yang menurut mereka satu serangan kasar ke atas Palanivel yang dididik sendiri oleh Samy Vellu.